Mungkin ini kisah terakhir antara Hanez Suraya dan Romie. Siapa tidak tahu cerita mereka ini, kehangatan percintaan mereka walaupun Henez sedar yang Romie itu adalah suami orang. Kini, Hanez mengakui bahawa dia dan Romie tidak lagi bersama namun mereka tetap lagi berkawan seperti biasa dan tidak bersengketa.
Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tetapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. - Hanez SurayaSelain itu, Hanez Suraya dikatakan sedang mendalami ilmu dan selok belok dunia perniagaan. Hal ini kerana, selepas kontrovesi yang melanda dirinya dikatakan Hanez sukar untuk mendapatkan peluang untuk berlakon. Justeru, belajar ilmu perniagaan adalah salah satu langkah Hanez untuk meneruskan hidup.
Buat masa sekarang biarlah semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi cukuplah. Biar saya buka lembaran baru. - Hanez SurayaMungkin Hanez Suraya merasakan semakin sukar untuk mencari pendapatan lalu membuat keputusan untuk meninggalkan Romie agar dia mampu keluar dari segala kemelut dan kesusahan yang dia telah hadapi sejak dari kontrovesi yang melanda dirinya.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.