-->

Ngeri: Seorang Wanita Maut Terputus Dua Dilanggar Tram


Kejadian yang berlaku di Bucharest telah membuatkan orang awam ditempat kejadian terkejut apabila seorang wanita berumur 65tahun. Difahamkan mangsa telah melakukan cubaan menyeberangi jalan namun dilanggar sebuah tram ketika lampu merah.
Saksi kejadian menyatakan bahawa mangsa menyangka dia sempat melintas dan ketika itu mangsa tidak mengendahkan bunyi hon yang dibunyikan pemandu tram tersebut yang dilakukan berulang kali. Akibat tidak sempat melintas, mangsa telah dilanggar dan tubuhnya terputus dua. Kejadian yang sungguh mengerikan berlaku dihadapan seorang wanita bersama 2 orang anaknya.
Selepas kejadian tersebut berlaku, seorang penumpang menyatakan dia tidak tahu perkara tersebut berlaku sehinggalah dia melihat orang ramai menunjukkan sesuatu dibawah tram tersebut. pemandu tersebut kecewa dengan insiden tersebut dan laporan telah dibuat oleh pemandu dan saksi kejadian. Pemandu tersebut difahamkan mungkin tidak akan didakwa berikutan laporan saksi dan pemandu tersebut sama seterusnya menjelaskan bahawa wanita tersebut yang bersalah.
-->