Insan yang pastinya terkenang wajahnya di fikiran dan
ingatan setiap orang walaupun sudah dijemput penciptanya pada 12 februari lalu,
tuan guru ni aziz. Ketika hari kematiannya dan sewaktu jenazahnya ingin
dikebumikan terdapat beberapa kejadian dan perkara yang kebetulan berlaku pada
hari tersebut dan sudah pastinya segalanya disusun oleh Allah.
Antara kebetulannya adalah tuan guru nik aziz telah
meninggal pada hari jumaat iaitu penghulu kepada hari.
Ke-2, awan berarak diatas langit kelihatan seperti berarak
mengikuti keranda jenazah.
Ke-3, hari itu langit bertukar menjadi mendung dan memberi
keselesaan kepada semua insan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir
kepada nik aziz.
Ke-4, tarikh kematiannya kebetulan sama dengan tarikh
kematian imam Hassan Al Banna., Mujadid Islam abad ke 19.
Ke-5, hari pengkebumiaan telah tersusun oleh allah yang jatuh
pada hari cuti dan memberia kesenangan kepada hamba-hambanya untuk hadir dan
memberi penghormatan terakhir kepada tuk guru.
Ke-6, terdapat dan kelihatan kelibat awan yang terbentuk
kalimah Allah di atas kediaman Arwah TGNA.
Kata-kata akhir dari kami, semoga allahyarham nik aziz
ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Sama-sama kita
sedekahkan Al-fatihah kepadanya.