Pelawak
dan pelakon Zizan Razak dilihat sengaja mengundang telahan apabila menyelitkan
kapsyen berbaur sindiran di laman sosial, baru-baru ini.
Kapsyen
itu didakwa berbaur provokasi seolah-olah ditujukan kepada seseorang dengan
tujuan memberi jawapan kepada teka teki hubungan cinta bersama Emma. Ini kerana
kapsyen tersebut seakan dialognya dengan seseorang yang tidak berkaitan dengan
gambar.
Menerusi laman
Instagram miliknya, Zizan menulis kapsyen tersebut,
Aku: kau tak paham ke
aku tak nak kau
Dia: Awak please saya suka
awak saya nak awak menjadi suami saya yang sah
Aku: dahla aku nak balik bye
Pada Januari lalu Emma
memberikan kenyataan mengesahkan hubungannya dengan Zizan telah berakhir
menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Zizan bagaimanapun enggan memberi
sebarang komen mengenai kenyataan bekas kekasihnya itu.