-->

7 Sebab Kenapa Wak Mustar, Juara Kilauan Emas 5 Diminati Ramai


Rabu lalu telah berlangsungnya Konsert Akhir Kilauan Emas Musim kelima yang menyaksikan finalis kegemaran ramai, Mustaffa Rasyid atau dikenali sebagai Wak Mustar dinobatkan juara.

Ternyata keperibadian Wak Mustar yang cukup sempoi itu menarik perhatian penonton sejak awal lagi dan tidak hairanlah dirinya menang.

Jadi berikut kami senaraikan serba sedikit mengenai diri Wak Mustar.
1)      Tukang Kayu
2)      Sertai Lebih 30 Pertandingan Nyanyian
3)      Sokongan Padu Orang Kampung
4)      Mahu Sedekah Kepada Orang Miskin
5)      Beri Anak RM10,000 Seorang
6)      Menang Anugerah Khas Juri
7)      Ada Musik Video Sendiri

Siapa sangka hanya bekerja sebagai seorang tukang kayu/tukang rumah, Wak Mustar kini juara Kilauan Emas. Keperibadian Wak Mustar yang simple dan bersahaja lantas diminati ramai.

Menurut Wak Mustar, buat sementara waktu dia mahu fokus di bidang nyanyian.

Bukan tinggalkan kerjaya sekarang tetapi berehat sebentar kerana ingin fokus kepada nyanyian buat sementara waktu. Sebelum Kilauan Emas, Wak Mustar pernah menyertai lebih 30 pertandingan nyanyian namun menerusi program terbitan Astro itu adalah kejayaan terbesarnya.

Jadi tak sia-sia lah Wak Mustar sertai Kilauan Emas.
Bukan sahaja diminati ramai oleh penonton, rupanya Wak Mustar mendapat sokongan padu daripada penduduk kampungnya. Tengok lah siap berkumpul ramai-ramai dan ada tayangan ‘khas’.
Sebaik sahaja diangkat sebagai juara kilauan emas 5, Wak Mustar terus mengatakan perancangannya terhadap hadiah kemenangan yang diperolehi. Siap nak sedekah kepada golongan miskin.

Selain itu saya juga bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran untuk keluarga, kenalan di kampung menggunakan wang berkenaan dan menyumbangkan kepada golongan miskin
Tambah Wak Mustar ,wang tersebut akan diagih-agihkan kepada lima orang anaknya sebagai simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Wah untung betul anak Wak, semua dapat merasa wang kemenangan.

Secara keseluruhan pada konsert akhir Kilauan Emas tersebut, Wak Mustar membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM110,000. Tambahn RM10,000 kerana memenangi Anugerah Khas Juri. Jangan terkejut kalau kami katakan yang Wak Mustar dah ada musik video sendiri. Yang menariknya ia dirakam oleh peminat-peminat Wak Mustar di kampungnya. Ala macam musik video dulu-dulu.






-->