-->

Bawa Pulang Jenazah Atikah Segera


Bawa Pulang Jenazah Atikah Segera | Putrajaya: Jenazah Nor Atikah Alias, 25, penuntut perubatan tahun akhir yang meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kebakaran di asrama Russian National Research Medical University (RNRMU) akan dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sedang membantu keluarga

Allahyarhamah yang kini berada di Moscow dalam urusan untuk membawa pulang jenazah.

"Jenazah akan dibawa pulang secepat mungkin,"katanya.

Dalam kejadian 22 April lalu, Nor Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka.

Namun, selepas kira-kira dua minggu dirawat beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira2.30 petang waktu tempatan, semalam akibat komplikasi pernafasan.


Mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan beliau merupakan Seorang penuntut jurusan perubatan Malaysia yang terbabit dalam insiden kebakaran asrama di Russian National Research Medical University (RNRMU) di Moscow, Russia, dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Francisco Munis ketika dihubungi berkata, mangsa, Nur Atikah Alias, 25, meninggal dunia kira-kira 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) akibat komplikasi pernafasan selepas mendapatkan rawatan di hospital di Moscow sejak 22 April lalu.

Katanya, mangsa turut mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki akibat daripada kejadian berkenaan.

"Ahli keluarga mangsa turut berada di sini sejak Sabtu lalu, dan pihak kedutaan akan membantu proses membawa pulang jenazah Nur Atikah ke tanah air," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nur Atikah bersama empat lagi penuntut jurusan perubatan rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran di bangunan tingkat tujuh bangunan kediaman mereka.
-->