-->

Sayu: Kisah Sebenar Ibu Muda Mati Bersama Bayi Sebulan


Kisah Sebenar Ibu Muda Mati Bersama Bayi Sebulan | Seorang wanita yang masih dalam berpantang telah ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri malam tadi.
Ibu muda berusia 23 tahun dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru sahaja berusia sebulan setengah. Bayi lelaki itu dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim menyatakan kejadian disedari oleh suami mangsa sekitar jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaan mereka.

Mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

“Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa,” katanya.

Pihak polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut. Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM untuk bedah siasat.

-->