-->

Serius Serasi!! Biodata Elena Hani Eleas, Isteri Fahrin Ahmad


Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas dengan sekali lafaz tepat jam 10.40 pagi tadi di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara.

Akhirnya Fahrin Ahmad menemui permaisuri hatinya yang juga seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Fahrin dan juga Elena pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara(Uitm) Shah Alam.


Elena merupakan Pemegangang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA dan memulakan kerjanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheng & Ariff di Kuala Lumpur selama lebih kurang 5 tahun sebelum memilih untuk bertugas sebagai pramugari.

Berikut adalah serba sedikit biodata Elena Hani Eleas, isteri Fahrin Ahmad :-
Nama Penuh :  Elena Hani Binti Eleas
Umur : ±37 tahun
Asal : Johor
Kerjaya : Pramugari Kanan Emirates Airlines
Laman Twitter : https://twitter.com/elenaeleas


Tahniah sekali lagi kepada Fahrin Ahmad dan Elena Hani Eleas, semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah.






-->