-->

Kaki Tersepit Gara-Gara Leka Bermain Telefon Bimbit


Mianyang, China - Detik cemas 45 minit seorang gadis apabila terjatuh lalu tersepit di jeriji besi yang digunakan untuk mengadang longkang.

Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, orang ramai di tempat kejadian cuba membantu mengeluarkan gadis berkenaan namun cubaan mereka gagal. Dalam masa yang sama, pihak bomba juga menerima panggilan dari orang ramai mengenai kejadian tersebut.

Jurucakap bomba, Ming Lai berkata, pihaknya terpaksa bekerja keras untuk memotong jeriji besi tersebut sebelum dapat mengeluarkan kaki gadis berkenaan.
Mangsa mengalami lebam dan calar akibat tersepit terlalu lama pada jeriji tersebut. Tetapi kakinya akan cepat pulih dan mangsa tidak memerlukan rawatan hospital. - Jurucakap Bomba
Menurut laporan portal metro.co.uk gadis tersebut yang tidak mahu dinamakan mengakui bahawa dia sedang leka bermain telefon bimbit sehingga tidak menumpukan perhatian ketika berjalan lalu menyebabkan dia terjatuh dan tersepit di jeriji besi tersebut.
-->