-->

TERKINI : 6 Akaun Bank Dibekukan Petugas Khas 1MDB Selepas Pendedahan WSJ


Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sasar hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kini sudah membekukan 6 akaun bank dengan perintah dikeluarkan pada 6 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), pasukan berkenaan turut mengambil dokumen berkaitan dengan 17 akaun daripada 2 bank.
Perintah pembekuan 6 akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibatdalam kes ini dikeluarkan pada 6 Julai, 2015. Selain itu, pasukan petugas khas juga mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 bank bagi membantu siasatan.
Sabtu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan pasukan petugas khas sudah memulakan siasatan selepas The Wall Street Journal (WST) mendedahkan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pasukan petugas khas juga dalam kenyataan itu menyatakan mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan bank tersebut.
Siasatan masih berjalan justeru, pasukan petugas khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan penyiasatan.   
-->

0 comment... add one now