Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza nampaknya
bakal menerima seorang lagi menantu selepas anak tirinya Asyraf Khalid telah
melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang selebriti Indonesia.
Majlis tersebut yang di adakan di Palembang, Indonesia
berlangsung dengan cukup meriah dan dihadiri oleh seluruh keluarga kedua belah
pihak.
Malah, sebuah majlis meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke 9 buat pasangan romantis dan bahagia Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid Mohd Jiwa turut disambut selepas selesai majlis pertunangan Asyraf.
Tahniah kepada Asyraf Khalid dan tunang, dalam tempoh pertunangan ini harapnya anda berdua kekal bersabar jika ada sebarang ujian nanti, semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.