Lima beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda
dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan dalam
kemalangan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, kelima-lima mangsa iaitu
pemandu, Nur Fitriati Sukarno, 28, Eka Sudarmono Sukarno, 37, Dwi Rahmahyanti
Sukarno, Triana Nur Khasanah Sukarno, dan ibu mereka, Supiati Mohd Salleh, 53,
dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi penumpang berusia dua tahun iaitu Muhammad
Hamizan Khaidir agak parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Queen
Elizabeth (HQE).