Penyanyi bersuara lunak yang juga merupakan penyanyi
terkenal Malaysia, Dato Siti Nurhaliza Tarudin telah berjaya memukau penonton
dengan satu penampilannya di dalam sebuah majlis pembukaan International
Superstar 2015 yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC).
Acara International Superstar 2015 merupakan pertandingan
nyanyian antarabangsa India yang disertai oleh peseta-peserta antarabangsa dari
lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, India dan Kanada.
Di dalam majlis pembukaan acara tersebut, Dato Siti telah
tampil mendendangkan lagu Tamil bertajuk Nenjae Ezhu hasil ciptaan komposer
terkenal Bollywood dan juga Hollywood, A.R. Rahman.
Walaupun dikatakan agak gementar namun kemunculan Dato Siti
ternyata mendapat tepukan gemuruh daripada penontotn apabila beliau keluar ke
pentas dan sorakan penonton terus bergema selepas di menyanyikan lagu berkenaan
dalam bahasa Tamil. –
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.