Sarawak Report kini boleh mengesahkan bahawa Riza Aziz yang berusia 36 tahun itu, yang pada mulanya bekerja selama tiga tahun dengan bank HSBC di London, telah berjaya membeli sebuah kediaman mewah di 912 N Hillcrest Road pada harga $17.5 juta dalam bulan September tahun 2010 lalu.
Hartanah itu meliputi satu kawasan seluas 11,500 kaki persegi dan mempunyai 5 bilik tidur dan 10 bilik mandi. Pemandangannya menganjur kea rah sebuah kolam renang yang amat besar dan juga pemandangan-pemandangan Hollywood Timur.
Ianya diapit oleh tempat-tempat ternama dan kawasan kejiranan yang amat luas, kebanyakannya dimiliki oleh nama-nama besar dalam industri perfileman.