-->

Filem Munafik Catat Kutipan RM11j Selepas 2 Minggu Ditayangkan

Filem Munafik arahan pengarah muda Syamsul Yusof berjaya mengutip RM 11 juta dalam masa 2 minggu. Walaupun berdepan dengan saingan dari pelbagai filem tempatan yang menarik seperti Boboiboy The Movie dan Ola Bola, Munafik tetap dapat sambutan yang menggalak dari penonton.


Menurut sumber, kutipan RM 11 juta itu adalah termasuk dengan kutipan dari pawagam negara jiran Singapura dan Brunei yang masing-masing menyumbangkan sebanyak RM 800 000 dan RM 200 00.

Datuk Yusof Haslam selaku penerbit filem Munafik berkata, filem tersebut mempunyai potensi besar untuk terus bertahan lebih lama ditayangkan di pawagam.


Bukan itu sahaja, pihak Skop Production juga memberitahu bahawa mereka menerima maklum balas yang positif dari mereka yang telah menonton filem tersebut.

Lazimnya, filem yang ditayangkan menerusi Skim Wjib Tayang berdepan kemungkinan jumlah panggung dikurangkan selepas dua minggu tayangan. Pihak pawagam berhak untuk berbuat begitu bagi memberi laluan kepada filem baharu. Namun, ia tidak berlaku kepada Munafik yang dilihat mempunyai potensi besar untuk bertahan lebih lama lagi.
Dari segi sambutan pula, kami mendapat maklum balas yang baik, daripada segala aspek. Hampir 99 peratus maklum balas diterima adalah baik. Saya juga dikhabarkan, ramai penonton daripada kalangan alim ulama, selain golongan wanita berpurdah, turut menonton filem yang menyuntik banyak elemen kerohanian ini. Sekali gus, ia memberikan nafas baharu kepada pembikinan filem genre seram kerana ia juga mula diterima kelompok penonton baharu. 

Memang tidak dinafikan bahawa filem genre seram karya Syamsul Yusof ini adalah yang terbaik di negara kita Malaysia. Hal ini kerana, boleh dikatakan semua filem ber genre seram hasil karya beliau tidak merapu dan ada mesej yang disampaikan. Tahniah diucapkan.
-->

0 comment... add one now