-->

Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Seorang Jejaka Melayu?

Umum mengetahui bekas kekasih Siti Saleha sebelum ini adalah seorang yang berbangsa Eropah dan ramai juga yang mengetahui bahawa hubungan mereka telah pun putus. Namun, kini hati Siti Saleha berjaya ditawan seorang lelaki Melayu. Siapakah lelaki itu?

Percintaan Siti Saleha kali ini benar-benar menarik perhatian ramai pihak. Hal ini kerana, sebelum ini Siti Saleha tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki Melayu. 

Walaubagaimanapun, Siti Saleha enggan mendedahkan identiti sebenar kekasih barunya itu. Tapi dia menyatakan bahawa kekasihnya itu bukanlah dari kalangan artis dan sudah empat bulan mereka telah menjalikan hubungan percintaan. Heroin Cinta Paling Agung itu juga menyatakan bahawa dia tidak menyangka boleh bertemu cinta yang baharu dalam masa yang terdekat ini. 

Saya pun tidak sangka dapat menerima cinta baharu selepas mengalami episod sedih putus cinta pada penghujung tahun lalu.

Dalam pada masa yang sama, Siti Saleha juga turut mengakui bahawa dia seronok ada teman di sisi.

Bohonglah kalau saya kata saya tak gembira dengan hubugan ini. Mesti kita seronok bila ada teman lelaki. Perasaan ini juga dilalui semua pasangan kekasih. Kita gembira kalau ada teman yang boleh kita mengadu suka dan duka. 
Sungguh pun begitu, Siti Saleha enggan membuat perbandingan antara bercinta dengan jejaka Eropah dan Melayu padanya kedua-dua ada kelebihan yang tersendiri.


Harapan kami percintaan kali ini akan terus kekal sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.
-->

0 comment... add one now