Isu kes buli yang semakin berleluasa telah menyebabkan Wardina Safiyyah memuat naik mesej yang menyalahkan filem-filem gangster tempatan yang dikatakan menjadi punca berlakunya kes buli di Negara ini. Namun mesej tersebut juga terkesan kepada Yusuf Haslam juga seorang pengarah tempatan.
Berikutan kenyataan Wardina yang menyalahkan filem tempatan,
Yusuf Haslam menganggap pelakon tersebut tidak matang. Tambahnya lagi, tindakan
tersebut menunjukkan seseorang yang berpelajaran tinggi seharusnya tidak
menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa membuat kajian yang sah dan sahih.
Beberapa hari yang
lepas juga, Wardina menyatakan bahawa lambakan filem gangster yang ditayangkan
menjadi ikutan dan ditiru oleh remaja dalam kehidupan mereka.
Seharusnya kita jangan menuduh tanpa usul periksa dan
menyalahkan mana-mana pihak. Sepatutnya kita haruslah mengkaji semula punca
kejadian.