Amukan Warden Rotan 14 Pelajar Malas Solat Subuh
UnknownGeorgetown, Pulau Pinang - 14 pelajar sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri dirotan oleh warden sehingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat di pinggang serta pinggul mereka kerana marah dengan kemalasan mereka tidak solat pada waktu subuh.
Dalam kejadian pada jam 7 hingga 7.30 pagi itu, sebahagian mereka adalah pelajar tingkatan 5 yang sedang menghadapi peperiksaan akhri SPM. Akibat dari tindakkan warden berkenanaan, emosi mereka terganggu.
Ditanya mengapa mereka tidak solat subuh di surau sekolah, mereka memberikan alasan kepenatan kerana mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam.
14 pelajar tersebut dihukum 4 kali rotan oleh warden berkenaan. Namun, pengawas sekolah yang turut terbabit dalam kes berkenaan juga tidak berkecuali dan dirotan dua kali ganda dari pelajar biasa.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh ketua asrama kerana tidak tahan melihat rakan-rakannya dirotan. - Harian Metro
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →