Kuala Lumpur - Setiap kali jemaah sujud budak lelaki haram jadah ini akan mengambil handbag para jemaah yang berada di saf hadapan mereka. Malah, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh budak lelaki itu berulang kali pada satu masa yang sama. Dipercayai budak lelaki itu berusia dalam lingkungan belasan tahun.
Bagaimana pun perbuatan haram jadah tersebut dirakam oleh kemera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama pada malam Jumaat yang lalu. Kejadian itu berlaku di dalam ruang solat wanita kira-kira jam 7.10 malam sewaktu jemaah sedang mengerjakan solat fardhu Maghrib.
Abdul Karim Md Nor, nazir masjid berkenaan berkata pihak masjid telah mengambil inisiatif untuk memasang kemera litar tertutup (CCTV) sebulan yang lalu berikutan dari aduan jemaah yang kerap kali kehilangan barangan peribadi.
Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehingan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk. - Abdul Karim Md NorSumber - Harian Metro