-->

Nora Danish Dikutuk Peminat, Gara-gara Fesyen 'Arab Jahiliyah'


Gara-gara memperagakan baju ketat untuk satu sesi fotografi Safi Rania Gold Nora Danish sekali lagi dikutuk peminat di Instagram. Bukan itu sahaja, tidak kurang juga dengan komen-komen yang berbaur #lucah.

Ini bukan kali pertama Nora Danish melalui situasi sebegini, komen-komen yang berbaur #lucah ini sering diterima oleh Nora Danish. Dia juga mengakui bahawa dirinya terganggu apabila menerima komen-komen sedemikian dari peminat lelaki.

Pakaian yang direka oleh Rizman Ruzaini itu dianggap terlalu menjolok mata mereka yang memandang. Ini kerana, pakaian itu terlalu menonjol pada bahagian dada. Lantaran itu, ramai peminat yang kurang senang dengan gambar itu dan memberikan komen-komen yang keterlaluan kepada Nora Danish.






Walaubagamianapun, Nora Danish mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan tidak membalas semua komen-komen yang diterimanya.
-->