-->

Zizan Di Ambang Kejatuhan? Disaman RM 500k


Syarikat bersama yang ditubuhkan oleh Zizan Razak dan Marina Juki bekas pengurus Zizan Razak terpaksa ditutup pada pertengahan 2014 yang lalu. Hal ini kerana, wujudnya masalah dalaman antara dua orang individu ini termasuklah dakwaan berlakunya penyelewengan wang syarikat.

Marina Juki telah membawa perkara yang berlarutan ini ke mahkamah dengan memfailkan saman terhadap Zizan Razak kerana menglanggar kontrak pengurusan artis.

Selain itu, Marina juga menuntut ganti rugi khas sebanyak RM  500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15% ke atas semua pendapatan yang diterima oleh Zizan dari syarikat pengurusan lain dan 5% setahun dari tarikh saman difailkan di mahkamah.

Bukan itu sahaja, selaku pelantif Marina juga memohon kepada mahkamah menghalang Zizan dari meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan yang baru kerana Zizan masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama dirinya.
-->