-->

Luahan Hati Nur Syafiqa Ditoreh Penyamun


Pasir Puteh - Demi menyelamatkan kesucian dirinya diragut oleh penyamun, gadis cantik berumur 22 tahun, Nur Syafiqa rela mukanya ditoreh dengan pisau. Begitulah luahan hati gadis yang menjadi mangsa kejadian yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Mangsa ketika ditemubual berkongsi detik cemas sewaktu perompak itu masuk ke rumahnya di Kampung Wakaf Berangan Adah lalu. Menurut mangsa dia melawan peyamun itu apabila menariknya untuk masuk ke salah sebuah bilik dipercayai untuk merog0l mangsa.
Saya terpaksa tanggung kesakitan apabila ditereh dengan pisau tajam sehingga berlumuran darah di atas katil sebuah bilik selepas suspek terbabit gagal dalam cubaan meperk0sa saya. - Nur Syafiqa 
Beliau juga turut menambah.
Tindakan saya adalah untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Saya bersyukur kerana terselamat.  
Dalam kejadian pada jam 2 petang yang didalangi dua orang lelaki bertopi keledar, mangsa terpaksa menerima 30 jahitan selepas wajahnya ditoreh menggunakan pisau oleh salah seorang daripada suspek itu. Bukan itu sahaja, penyamun itu juga berjaya melarikan pelbagai barangan berharga yang dianggarkan bernilai RM 10 000.

Ketika kejadian itu berlaku, Nur Shafiqa tidak keseorangan di rumah. Ibunya, Hat Tema Mat Zin 58 dan juga adik perempuanya, Nur Syafatini 18 turut berada di dalam rumah.

Mangsa itu juga turut memberitahu pihak media bahawa dia redha sekiranya parut yang dia alami itu kekal. Hal ini kerana, dia sedikit pun tidak menyesali tindakan tersebut yang dilakukan semata-mata untuk menjaga kehormatan dirinya.
Saya berharap suspek yang bercakap dengan dielek Kelantan itu segera ditangkap sebelum wanita lain menjadi mangsanya. - Nur Shafiqa 
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya telah mengenal pasti kedua-dua suspek tersebut dan yakin mereka akan diberkas dalam masa yang terdekat.  
-->