Komen Pedas Emma Maembong mengenai bakal isteri Zizan Razak
| Bekas kekasih Zizan Razak, Emma Maembong menafikan bahawa dirinya merupakan
individu yang bakal menjadi isteri kepada pelawak tersebut malah Emma turut
memberitahu bahawa selepas hubungan mereka berkahir, dia tidak berhasrat untuk
kembali semula sebagai kekasih Zizan.
Selain itu Emma mempercayai soal jodoh dan menolak tindakan
Zizan berkahwin itu sebagai suatu keputusan yang tergesa-gesa. Malah dia juga
percaya Zizan sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri dan yang
terbaik buatnya.
Zizan secara mengejut memberitahu pihak media bahawa dirinya
bakal berkahwin pada Jun ini dengan gadis pilihan yang juga berasal dari negeri
kelahirannya iaitu Terengganu. Apa pun sama-samalah kita doakan yang terbaik
untuk kedua-dua pihak.