Kejadian di lebuh raya PLUS berhampiran bukit gantang kecoh
apabila seorang wanita juga mahasiswi UITM permatang pauh telah dikelar oleh
seorang lelaki semasa memandu sehingga menyebabkan mangsa maut.
Dipercayai suspek tersebut adalah sekampung dengan mangsa
dan suspek merupakan seorang tukang masak. Suspek telah direman selama 7 hari
di balai polis parit buntar kira-kira jam 10 pagi semalam. Mangsa juga berumur
25 tahun.
Gambar suspek tersebut kini telah Berjaya dikesan pengguna
internet dan rata-ratanya tidak terima apa yang dilakukan suspek tersebut
sehingga menyebabkan kematian.
"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu
mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu
mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan
ganggu anak saya.
"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun
lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu
anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya.
Semoga pembalasan yang setimpal untuk suspek diatas apa yang
dilakukan nya jika didapat bersalah dan perkara ini sedang disiasat oleh pihak
berkuasa.