Kisah yang menjadi viral yang melibatkan seorang pelajar
yang maut dikelar seorang lalaki di lebuh raya semalam. Pada 11 pagi tadi,
jenazah Nurshuhada telah selamat dikebumikan.
Berdasarkan laporan polis bapa mangsa, mangsa didapti telah
diganggu lalaki terbabit sejak tingkatan 5. Suspek juga rakan sekampung anaknya
telah meluahkan perasaan untuk menjalin hubungan serius dengan mangsa namun di halang
keluarga kerana disyaki suspek menagih dadah.
“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan
hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu
mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan
ganggu anak saya.
“Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu.
Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak
saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,” katanya kepada
pemberita.
Keluarga mangsa telah mengetahui bahawa suspek pernah
melakukan tindakan ganas dengan memecahkan pintu rumah keluarganya di taman
Hosba.
Bapanya juga menyatakan anaknya juga pernah dilarikan pemuda
tersebut namun Berjaya ditemui dalam keadaan selamat. “Saya sangat terkejut
apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya
akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.
“Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali,
tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa
pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak
saya,” kata Johari.
Lebih mengejutkan, bapa suspek telah menghubungi bapa mangsa
bahawa anaknya telah mengelar leher Nurshuhada dan membuat laporan polis
insiden tersebut kerana suspek mengalami masalah mental. Mangsa, Nurshuhada telah
menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Kuala Kangsar dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi.