Semalam, industri hiburan dipanaskan dengan cerita Rita
Rudaini diganggu oleh isteri bekas suaminya, Zarema Zainal. Dek kerana itu,
Aidil Zafan telahpun membuat laporan polis sekitar petang semalam. Katanya
kepada mStar Online, sebenarnya, dia yang menggunakan nombor Zarema untuk
menghubungi Rita.
Nak bercakap dengan anak-anak katanya. Hmm. Eh, korang nak
tahu tak apa reaksi Rita apabila Aidil buat laporan polis?
Kalau nak tahu, menerusi laman Instagram Rita, dia ada
memuat naik pesanan ikhlas tau! Lagi best, Rita turut berterima kasih kepada
bekas suaminya kerana membuat report polis.
Sekaligus membuktikan dan mensahihkan siapakah pemilik dan
empunya nombor berkenaan. Fuh! Makin panas ni.