So Sweet! Kisah Romantis Perkahwinan Gadis Melayu Dan Jejaka
Korea. Siapa sangka, mungkin impian anda bakal menjadi kenyataan. Itulah yang
terjadi kepada gadis melayu, Fadhi dan pasangannya, Aiman Kim Je Young yang
berasal dari korea. Kalau dah jodoh takkan ke mana..
Kedua pasangan romantis ini bertemu buat pertama kali ketika
ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program exchange student,
Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin beberapa bulan kemudian setelah
dilamun cinta.
Menurut blognya, I am Fadhi, selepas sebulan berkenalan,
hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk
menikahi Fadhi. Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang
dikatakan oleh Kim namun 3 bulan kemudian mereka berdua melangsungkan
pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan. Sanding pun belum lagi sebab
masing-masing busy. Ini kisah bagaimana mereka berkenalan.
Disebalik kisah percintaan yang romantis ini, pelbagai kisah
kelakar dan lawak yang mereka kongsikan dalam laman blog mereka. Fadhi kini
sedang mengikuti pengajian di Sungkyunkwan University di Korea. Fadhi kini
sedang mengikuti pengajian di Sungkyunkwan University di Korea. Untuk info,
artis Malaysia, Jehan Miskin juga memilih warga Korea Sebagai pasangan
hidupnya. Semoga pasangan romantis ini dimurah rezeki dan berkekalan hingga ke
hujung nyawa. Amin.