Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain, 47, terpaksa
menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya ‘terbang’ ketika membuat
persembahan pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) yang
berlangsung Ahad baru-baru ini.
Laporan mStar online menyebut, Ziana bagaimanapun
menyifatkan insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai
‘drama lucu’ sepanjang karier nyanyiannya.
“Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung
nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat
tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.
“Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua
orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika
sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi,” katanya.
Sejak petang Isnin, video berdurasi 15 saat itu menunjukkan
mikrofon yang dipegang Ziana terlepas ketika penyanyi itu mengakhiri
persembahannya.
Bagaimanapun Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan
mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan ‘That’s it,
Thank You!’.
Ketika itu, tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di
atas sikap profesional penyanyi itu.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.