Selebriti Abby Abadi telah melangsungkan pernikahan dengan
wartawan akhbar Harakah, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai Ezzany Jumaat lepas.
Pasangan ini juge telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 16
Ogos di kediaman keluarga Abby.
Majlis ini berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami
Abby iaitu aktor Norman Hakim, isterinya Memey Suhaiza, serta ahli kumpulan
Elite iaitu Sasha Saidin, Linda Rafar dan Azza.
Tak ketinggalan memeriahkan majlis ialah tiga anak Abby dan
Norman iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha
Hakim.