Seorang budak lelaki telah mengejutkan dunia apabila
dianugerahkan kepadanya sebagai pakar IT termuda di dunia. Budak lelaki
tersebut dikenali sebagai Ayan Qureshi dan berumur 5 tahun. Budak ini telah
menduduki satu ujian yang dikendalikan oleh satu syarikat perisian computer,
Microsoft bagi menilai tahap budak ini.
Ayan telah hampir terlepas ujian tersebut berikutan
pemeriksa mengaanggap dia terlalu muda. Namun pihak university Birmingham telah
menghubungi ibu pejabat Microsoft di Amerika bagi memastikan ayan dapat
menduduki ujian tersebut.
Difahamkan, Ayan telah membuktikan keupayaannya ketika ujian
berlangsung dengan Berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan kurang
daripada 2 jam tempoh yang diberikan malah lebih awal.