Wajah Sebenar Ayah Benjy Terbongkar | Si pelakon itu sangat
bernasib malang kerana telah melahirkan seorang anak lelaki yang dianggap tidak
berayah kerana sikap ayahnya yang tidak mahu bertangungjawab.
Pelakon malang itu bukan saja berhempas pulas berlakon
mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak, malah tidak cukup dengan berlakon
beliau turut melakukan perniagaan runcit.
Anak malang yang membesar didalam keadaan serba kekurangan
dan cabaran itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan dan kepincangan
dalam hidup kekeluargaan yang tidak berbapa.
Oleh kerana sikap bapanya yang tak ambil kisah, akhirnya si
anak itu mengikut profesyen ibu dan berhadapan dengan pelbagai masaalah hidup
sebagai seorang artis muda. Beliau akhirnya terjerumus ke lembah penyalahgunaan
dadah dan merengkok di penjara.
Namun disebabkan sikap bapanya yang “terlalu low profile”,
kehidupan peribadi sang “bapa” kurang diketahui dan dikenali umum.
Perkahwinannya bersama aktres yang ternama itu berakhir
dengan perceraian. ketika anaknya ditahan polis atas dakwaan memproses dan
menjual dadah sintetik, si pelakon tetap sendirian membantu anaknya itu
sedangkan bekas suaminya hanya mengambil sikap berdiam diri
Turut dikatakan, pernah didalam satu sidang media, sang ibu
pernah mendedahkan permintaan anaknya sebelum ditahan, iaitu dia ingin berjumpa
dengan bapa kandungnya tetapi bapa kandungnya tetap tidak mahu berjumpanya
kerana tidak mengakui pelakon itu sebagai anaknya.
Sikap berdiam diri dan tidak mahu campur tangan dalam kes
anaknya itu amat mudah difahami kerana beliau telah mempunyai anak lain bersama
isteri baru dan pelakon malang tidak dipeliharanya kerana tinggal bersama si
ibu.
Jadi siapakah sebenarnya nama si bapa yang enggan mengaku pelakon
malang itu sebagai anaknya itu?
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com