-->

Ber'Whatsapp' Tanpa 'Tick' Biru


Berjuta-juta pengguna telefon pintar diseluruh dunia memnggunakan aplikasi mesej percuma seperti Whatsapp, WeChat, Line, Viber dan sebagainya. Baru-baru ini gempar satu dunia apabila Whatsapp memperkenalkan 'tick' biru pada kemaskini aplikasinya yang terbaru.

Apakah 'tick' biru itu?

Sebelum ini Whatsapp telah mengemparkan dunia dengan kewujudan 'double tick' yang kononnya mesej yang dihantar telah sampai ke telefon pintar si penerima. Tetapi, kini muncul pula 'tick' biru yang menandakan si penerima telah pun membaca mesej dari penghantar.

Funsi ini sungguh amat dinantikan oleh segelintir pengguna Whatsapp di seluruh dunia terutamanya suami isteri dan pasangan kekasih. Berikut deskripsi bergambar mengenai 'tick' biru.


'Tick' biru ini berkesan di semua OS terlefon pintar pada kemaskini terbaru aplikasi Whatsapp.

Ber'Whatsapp' Tanpa 'Tick' Biru 

Ada yang mengatakan untuk mengelakkan 'tick' biru ini kita tidak perlu mengemaskini aplikasi Whatsapp ke versi 2.11.431. Akan tetapi untuk mereka yang sudah pun mengemaskini mungkin cara ini boleh membantu anda. 

4 cara mudah. 
  1. Apabila anda menerima mesej semasa anda sedang dalam talian (online) jangan buka dahulu. Biarkan ia 'tick' kelabu.
  2. Matikan semua internet mudah alih dan WiFi anda.
  3. Buka perbualan dan mesej yang diterima sebentar tadi.
  4. Tutup aplikasi Whatsapp dan kembali ke 'home' dan hidupkan semula WiFi anda.
Mudahkan? Mungkin cara ini boleh digunakan sekiranya anda sedang bergaduh. Hehehehe
-->