Ramai yang menunding jari kepada penunggang motosikal di dalam kes seorang ibu yang mengorbankan diri dengan menolak anak agar tidak dirempuh motosikal. Penunggang motosikal itu juga merupakan salah seorang pelajar sekolah berkenaan menerima banyak respond negatif dari masyarakat Malaysia.
Masyarakat menuduh penunggang itu menunggang motosikal dengan bahaya, merempit, memecut laju. Tidak kurang juga dengan pelbagai sumpah seranah yang diterima oleh penunggang motosikal itu. Ekoran dengan itu, Zaini Dahlan merupakan saksi kejadian tampil dengan kenyataan yang bercanggah dengan respond masyarakat terhadap penunggang motosikal dan memohon agar masyarakat berhenti membuat pelbagai andaian sendiri.
Kes yang excident pagi tadi, saya ada. Jangan salah faham sahabat saya Nabil, bawa motor slow je. Jangan fikir semua anak muda bawa motor laju. Bila excident je dengan motor, mesti tuduh bawa laju. Saksi kejadian kan ada. - Zaini Dahlan
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Tengku Bariah itu menunggang motosikal dalam kelajuan yang perlahan. Akibatnya, wanita itu terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan di kepala yang teruk dan pendarahan di telinga dan hidung. Memang menjadi rutin mangsa bersama suaminya pergi makan roti canai di kedai Saleh di Pasir Panjang.
Nak dijadikan cerita, suami mangsa sudah pun melintas jalan tetapi mangsa tertinggal di tengah jalan. magsa cuba melintas jalan namun tiba-tiba mangsa dirempuh motosikal pelajar terbabit yang tidak sempat menggelak dan hilang kawalan.
Menurut saksi lagi, pendedahan yang dilakukan ini bukanlah untuk menyalahkan mangsa atau penunggang motosikal. Sememangnya ramai orang yang melintas jalan di jalan berkenaan kerana jejantas yang di sediakan agak jauh dari situ.
Justeru itu, Hanafi menyeru agar masyarakat menghentikan tomahan dan sumpah seranah kepada penunggang motosikal itu.