-->

Jawapan Pemilik Restoran Ali Maju Mengenai Isu Pekerja Guna Mop Lap Meja Tebar Roti Canai


Satu video berjaya dirakam menunjukkan seorang pekerja Restoran Ali Maju cawangan Setiawangsa sedang membersihkan meja. Apa yang membuatkan video ini menjadi satu isu hangat dan viral adalah pekerja itu menggunakan mop untuk mengelap sebuah meja. Tambahan lagi, perkara ini menjadi lebih hangat apabila ada pihak yang mengatakan meja itu adalah meja untuk menebar roti canai.

Lihat video :



Walaubagaimanapun, hasil pertanyaan terus kepada pemilik Restoran Ali Maju, Datuk Ali sendiri mengesahkan bahawa apa yang didakwa itu betul. Kejadian itu berlaku di cawangan Setiawangsa. Namun, itu bukanlah meja untuk menebar roti canai, tetapi meja untuk membungkus tomyam yang telah siap.

Datuk Ali menambah lagi, itu juga merupakan satu kesalahan dan pekerja itu akan dikenakan tindakan dengan serta merta.


Zaman serba canggih, satu kesalahan sahaja boleh menyebabkan sesebuah perniagaan itu jatuh menyembah bumi. Contohnya, seperti Cabury dengan berita palsu mengenai DNA babi, jualan syarikat itu jatuh merudum.
-->