Kejadian yang berlaku di Johor Bahru telah mnegejutkan
masyarakat setempat apabila seorang lelaki berumur 57 tahun telah maut dipanah
petir. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah. Mangsa telah
telah disambar petir ketika berada di pintu pagar masuk sekolah di Pasir
Gudang.
Panahan petir tersebut telah terkena tepat pada tubuh mangsa
kira-kira jam 3.15 petang semalam. Cuaca ketika itu dalam keadaan mendung dan
kilat sambung menyambung.
Menurut saksi, mangsa ketika itu sedang membuka pintu pagar
sekolah selepas tamat sesi persekolahan bagi memberi laluan kepada kereta
seorang guru yang ingin pulang. Saksi juga menyatakan mangsa telah tiba-tiba
rebah dan didapati meninggal dunia dan dipercayai terkena panahan petir.
Mayat mangsa terlah dihantar ke hospital bagi tindakan
lanjut dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati terkejut.