Kejadian yang berlaku di Bucharest telah membuatkan orang awam ditempat kejadian terkejut apabila seorang wanita berumur 65tahun. Difahamkan mangsa telah melakukan cubaan menyeberangi jalan namun dilanggar sebuah tram ketika lampu merah.
Saksi kejadian menyatakan bahawa mangsa menyangka dia sempat
melintas dan ketika itu mangsa tidak mengendahkan bunyi hon yang dibunyikan
pemandu tram tersebut yang dilakukan berulang kali. Akibat tidak sempat
melintas, mangsa telah dilanggar dan tubuhnya terputus dua. Kejadian yang
sungguh mengerikan berlaku dihadapan seorang wanita bersama 2 orang anaknya.
Selepas kejadian tersebut berlaku, seorang penumpang
menyatakan dia tidak tahu perkara tersebut berlaku sehinggalah dia melihat
orang ramai menunjukkan sesuatu dibawah tram tersebut. pemandu tersebut kecewa
dengan insiden tersebut dan laporan telah dibuat oleh pemandu dan saksi
kejadian. Pemandu tersebut difahamkan mungkin tidak akan didakwa berikutan
laporan saksi dan pemandu tersebut sama seterusnya menjelaskan bahawa wanita
tersebut yang bersalah.