Perbuatan seorang selebriti yang telah menggelarkan jaafar
onn sebagai bapok tua. Perbuatan tersebut membuatkan tuan badan tersentuh dan jaafar
onn telah menyatakan bahawa selebriti tersebut yang menghinanya tersebut agar
segera insaf dan mencerminkan diri
sendiri sebelum berkata-kata.
Jaafar onn juga menambah dia tiada sedikit pon terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan tomahan yang pernah di alami sepanjang berada didalam industri hiburan.
Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan
seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan
memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.
Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar
telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.
Kepada sebuah portal hiburan personaliti berkenaan
bagaimanapun menafikan dia memuat naik status dan gambar Jaafar Onn sebaliknya
mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status
hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan
mengenai isu itu. Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan
personaliti berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia
menyihir individu tersebut dan tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan
kerana mereka tidak bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa
kepentingan.