-->

6 Kebetulan Yang Allah Susun Sewaktu Hari Kematian Tuan Guru Nik Aziz


Insan yang pastinya terkenang wajahnya di fikiran dan ingatan setiap orang walaupun sudah dijemput penciptanya pada 12 februari lalu, tuan guru ni aziz. Ketika hari kematiannya dan sewaktu jenazahnya ingin dikebumikan terdapat beberapa kejadian dan perkara yang kebetulan berlaku pada hari tersebut dan sudah pastinya segalanya disusun oleh Allah.
Antara kebetulannya adalah tuan guru nik aziz telah meninggal pada hari jumaat iaitu penghulu kepada hari.

Ke-2, awan berarak diatas langit kelihatan seperti berarak mengikuti keranda jenazah.

Ke-3, hari itu langit bertukar menjadi mendung dan memberi keselesaan kepada semua insan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada nik aziz.

Ke-4, tarikh kematiannya kebetulan sama dengan tarikh kematian imam Hassan Al Banna., Mujadid Islam abad ke 19.

Ke-5, hari pengkebumiaan telah tersusun oleh allah yang jatuh pada hari cuti dan memberia kesenangan kepada hamba-hambanya untuk hadir dan memberi penghormatan terakhir kepada tuk guru.

Ke-6, terdapat dan kelihatan kelibat awan yang terbentuk kalimah Allah di atas kediaman Arwah TGNA.

Kata-kata akhir dari kami, semoga allahyarham nik aziz ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepadanya.





-->