Seorang kanak-kanak yang hanya berusia lima tahun sudah
mencetuskan fenomena di laman sosial terutamanya instagram. Difahamkan,
kanak-kanak ini digelar ”Instagram Princess” kerana dia mempunyai pengikut
lebih satu juta pengikut dari seluruh dunia.
Kanak-kanak ini dikenali sebagai Breanna Youn dan
popularitinya sungguh mengejutkan sehingga kini dia dan keluarga sudah mampu
hidup lebih senang selepas mendapat tajaan dari pelbagai jenama terkenal
antaranya adalah, Louis Vuitton, Chanel dan barangan kemas Tiffany.