Diam tak diam, sudah 2 tahun perhubungan dato ramli ms dan alyah. baru-baru ini mereka menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kedua dan kenyataan alyah membuatkan kami tersenyum membacanya.
Maksudnya di sini, segala sangkaan buruk terhadap status
rumahtangga Alyah kini berakhir dan ini membuktikan hubungan Alyah dan Datuk
Ramli MS masih lagi baik. Tambahannya mengenai
isu cincin, alyah menyatakan Saya masih lagi isteri orang iaitu Datuk Ramli MS.
Tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku.
Semua perkara negatif yang timbul
itu, tidak benar. Saya jarang pakai cincin kahwin saya ketika waktu bekerja
sebab saya ni seorang yang pelupa. Kadang-kadang bila waktu kerja saya perlu
pakai aksesori yang sama dengan baju dan perlu tanggalkan cincin kahwin. Cincin
perkahwinan adalah sesuatu yang bernilai, jadi nanti kalau saya leka dengan
kerja, saya takut cincin tu hilang. Kalau saya pakai pun, hanya untuk
majlis-majlis tertentu. Jadi, tidak timbul isu saya bukan lagi isteri dia.
Alhamdulillah, kehidupan saya kini okay. Saya menjalani rutin seperti biasa. Sekarang saya jadi lebih matang dan tahu bagaimana untuk melalui kehidupan.
Walaupun orang kenal dia sebagai seorang yang garang tetapi dia juga sebenar romantik cuma dia tak tunjuk depan kita. Macam hari ini (semalam), dia nak masakkan saya nasi lemak sempena meraikan ulang tahun kami.
Sungguh romantis pasangan ini, apapun semoga kebahagiaan berterusan sehingga keakhirnya dan dikurniakan cahaya-cahaya mata yang comel-comel.
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com
Credit : http://akudahcakap.blogspot.com