-->

Panas: Baru 3 Minggu Kahwin , Suami Mula “Komplain” Yana Samsudin

Sememangnya cepat sungguh masa berlalu, kini dalam sedar tak sedar yana samsudin dan Fadzil telah 3 minggu sah bergelar suami isteri. Namun, yana samsudin sudah mula mendapat aduan daripada sang suami.

Pasangan ini sungguh sibuk dengan kerja masing-masing. Sememangnya yana seorang yang pandai memasak membuatkan fadzil mula ingin merasa air tangan isterinya, Yana. Dalam 3 migga merasa air tangan si isteri, Fadzil mula “ complain” peutnya naik.

“Yalah, selama seminggu saya jaga makan minumnya daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang sehingga kepada makan malam. Selepas seminggu, dia mula minta kurang-kurang­kan,” katanya ketawa. Sememangnya pasangan ini sungguh romantic.

Tambahnya lagi, “Kalau dulu-dulu, saya selalu di temani pembantu peribadi tapi kini ditemani suami ke mana-mana. Seronok juga walaupun dia tak selalu sangat temani saya sebab dia pun ada kerja sendiri. Cuma akhir-akhir ini susah nak berenggang. Tak tahu pula dia sungguh loving, romantik semacam pula!” katanya.

Apapun, semoga pasangan ini berbahagia hingga ke anak cucu dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.


Credit : http://akudahcakap.blogspot.com
-->