1 Homestay Sungai Haji Dorani
Homestay Sungai Haji Dorani terletak di Sungai Besar, Sabak
Bernam Selangor. Kira-kira 120km perjalanan dari Kuala Lumpur jika henda ke
destinasi tersebut.
Nak merasa keindahan duduk di tengah sawah berhampiran
sungai, boleh la singgah ke sini, pasti menepati citarasa anda.
2 Homestay Felda Sunga Klah
Bagi anda yang inginkan suasana kehidupan di kawasan felda,
ini adalah tempat yang sesuai. Kawasan ini terletak di Sungai Klah, Sungkai
Perak.
Lagi best anda boleh pergi Felda Hostspring Park, di kawasan
tersbut untuk menikmati keindahan air panas di sana.
3 Homestay Desa Balqis
Terletak di Kuala Linggi Melaka, ini salah satu homestay
yang unik, dikatakan setiap sepuluh rumah di tempat tersebut digelar seperti
pakcik, makcik dll.
Ditambah pula dengan suasana di tepi selat melaka, kawasan
ini memang menarik untuk dikunjungi.
4 Homestay Borneo Benuk
Terletak di Kuching Sarawak, Homestay Borneo Benuk adalah
berkonsepkan rumah panjang yang didirikan oleh kaum bidayuh di sana. Nak tahu
cerita panjang mengenai homestay tersebut boleh layari kujie.com, beliau ada
ceritakan serba ringkas apa yg best di sana.
Maklumat lanjut boleh ke : borneobenukhomestay.com
5 Homestay Jojo Rakit
Terletak di Kota Tinggi Johor, blogger zamzarina dari
ibuayahdamia.blogspot.com banyak berkongsi gambar dah kisah beliau pergi ke
sana.