-->

(13 Gambar) Majlis Perkahwinan Mewah Anak Sultan Brunei Yang Sungguh Mengejutkan Tersebar


Kagum, tergamam dan terkesima adalah reaksi kami saat melihat foto-foto pernikahan yang bertatahkan emas ini.

Kalau korang nak tahu, perkahwinan mewah ini merupakan majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anak Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya, Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah.
Melalui laporan Daily Mail Online, perkahwinan yang berlangsung di Istana Nurul Iman menyaksikan kedua mempelai duduk diatas pelamin yang diperbuat daripada emas serta mengenakan busana yang turut bertatahkan emas dan berlian.

Fuh! Marilah kita menangis beramai-ramai. Kami pasti, ramai diantara anda yang mengimpikan perkahwinan seperti ini kan?
Yang paling mencuri perhatian kami adalah jambangan bunga yang dipegang oleh pengantin perempuan iaitu jambangan yang diperbuat daripada permata yang sungguh memukau.
Tambah mengujakan, pengantin perempuan memakai kasut Christian Louboutin yang diselaputi permata beserta gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen.

Hmm, kami taknak cakap banyak. Korang tengoklah sendiri foto-foto perkahwinan menakjubkan ini.

Apapun itu semua rezeki yang dikecapi sendiri oleh mereka. Maka tiada apa yang perlu dipersoalkan, Cuma sama-samalah kita doakan semoga pasangan ini berbahagia dan berkekalan sehinga akhir hayat.








-->