Sebagaimana yang kita maklum, pelakon dan pengacara Neelofa
baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Dalam pada itu kita juga sudah lama
tahu selebriti yang pernah digosipkan bercinta dengan Hans Isaac itu kini
sudahpun bertudung.
Namun begitu, ia tidak menghalang Neelofa untuk turut sama
hadir dengan malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 sebagai
tanda sokongannya kepada industri hiburan.
Lagi menarik, kehadiran Neelofa ke malam ABPBH 2014 tidak
sia-sia apabila beliau telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pengacara TV
Wanita Popular 2014. Kemenangan yang sebenarnya tidak dijangka apatah lagi
Neelofa perlu bersaing dengan Fara Fauzana (pilihan) dan Scha Alyahya.
Lebih menarik lagi dan menjadi viral di media sosial kini
adalah mengenai respon dan tindakan Neelofa menolak untuk bersalam dengan
seorang lelaki yang mungkin adalah peminatnya setelah beliau diumumkan sebagai
pemenang anugerah tersebut.
Boleh dikatakan ramai peminat Neelofa gembira dengan
tindakannya. Ramai dikalangan mereka memuji dan terharu tindakan Neelofa yang
mengikut syariat Islam agar tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim. Namun
ada juga yang mengkritik dan menyindir Neelofa poyo dan sebagainya. Kenapa?
Salahkan tindakan beliau?
papun, kesian juga pada lelaki tersebut kerana beliau turut
jadi bahan lawak. Namun begitu, tindakan Neelofa adalah tepat. Ia boleh
dijadikan ingatan kepada lelaki ISLAM yang lain agar jangan ambil mudah soal
hukum dan sebagainya.