Berita tentang pernikahan pelakon yang semakin popular
semenjak membintangi drama Teman Lelaki Upahan ini mendapat perhatian ramai
selepas beliau mengakui bukan sengaja mahu merahsiakan rumahtangga yang dibina
sejak Januari lalu.
Menerusi akaun Instagram beliau pada hari ini, Siti Elizad
berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan
beliau bersama lelaki pilihan bernama Shamsul Baharin.
Siti Elizad dan Shamsul Baharin Rahman telah selamat
diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu yang disempurnakan bapa
pengantin perempuan sendiri, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin
sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak
perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.
Buat anda para peminat Siti Elizad, berikut merupakan
beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan itu untuk tatapan anda. Kacak
juga ya suami Siti Elizad, bertuahlah badan dan semoga berbahagia hendaknya
pasangan ini ke akhirnya.