-->

(7 Gambar) Wajah Terkini Hero Hati Perempuan, Syarul Ridzwan Yang Sungguh Hensem


Lumrah seorang artis atau selebriti tempatan mahupun luar negara, populariti mereka akan menjadi perhatian dengan bantuan watak dan karakter yang dibawa.

Syarul Ridzwan, pelakon yang kini menjadi perhatian dengan watak Tengku Zaril menerusi drama ‘Hati Perempuan’, slot Akasia di TV3 menggantikan drama sebelum ini, ‘Teman Lelaki Upahan’.

Rata-rata drama di slot Akasia berjaya melonjakkan lagi nama seseorang artis itu terutama artis-artis baharu seperti Ayda Jebat yang terkenal menerusi drama ‘Rindu Awak 200%’.

Syarul terpaksa mendalami dan menjiwai watak seorang lelaki kacak yang ego dan akhirnya berubah menjadi gentleman sekaligus berjaya memikat hati seorang perempuan.

Mampukah drama ini diangkat sebagai drama pilihan seperti drama-drama lain yang berjaya menjadi kegilaan penonton? Sama-sama kita nantikan episod-episod menarik dalam ‘Hati Perempuan’ di TV3.


Apa kata kalau kita lihat pula beberapa foto hero drama ini yang dikatakan ego dan kacak itu.







-->