Personaliti menarik serta
keperibadian hebat adalah antara tarikan utama yang dimiliki oleh Tunku
Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Beliau
merupakan anak ketiga kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan Permaisuri
Johor, Raja Zarith Sofiah.
Tunku
Idris yang dilahirkan pada 25 Disember 1987 ini juga adalah adik kepada Tengku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris.
Selain
Tunku Ismail, antara adik beradiknya yang lain ialah Tunku Aminah Maimunah
Iskandariah, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
Tunku
Idris juga pernah memegang jawatan Pemangku Raja Johor semasa ketiadaan
ayahandanya serta kakandanya pada tahun 2012.
Berikut
adalah 8 perkara menarik tentang Tengku Temenggong Johor, Tunku Idris.
1) Sepertimana adik
beradiknya yang lain, Tunku Idris mempunyai darah diraja dari kedua-dua belah
pihak keluarganya (double royal blood status). Datuknya dari sebelah bapa
adalah bekas Sultan Johor, Sultan Iskandar manakala datuk dari sebelah ibunya
pula adalah bekas Sultan Perak, Sultan Idris Shah II.
2) Sebagai sebahagian dari tradisi keluarganya, Tunku Idris
juga berkhidmat untuk tentera di mana Tunku Idris berkhidmat untuk Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD). Di sinilah dia mempelajari cara-cara memandu
helikopter secara terlatih.
3) Menyebut mengenai helikopter, Tunku Idris kini adalah
juruterbang helikopter tentera yang cekap dan dia juga mempunyai helikopternya
sendiri yang merupakan hadiah dari ayahandanya sendiri, Sultan Ibrahim.
4) Tunku Idris juga gemar aktiviti lasak seperti surfing,
dan koleksi surfboard miliknya memang hebat-hebat.
5) Antara bakat lain yang dimiliki oleh Tunku Idris ialah
melukis, memang serba boleh Tunku Idris ini.
6) Seperti mana ayahandanya, Tunku Idris juga mempunyai
koleksi himpunan kereta mewahnya sendiri seperti Pagani Huayra, Porsche, RUF,
Alfa Romeo, BMW, dan McLaren Mercedes-Benz SLR McLaren yang mana telah
diubahsuai (customized) dirinya sendiri. Kereta McLaren miliknya itu mampu
pergi selaju 337km/h dan mencatatkan 0-100km/h kurang 3.5 saat.
7) Selain itu, jika anda pernah menonton Mission Impossible
4, anda tentu perasan kereta hebat yang dipandu Tom Cruise dalam filem itu.
Kereta itu adalah dari jenama BMW iaitu i8. Dan ye, Tunku Idris juga ada
memiliki kereta ini.