-->

(9 Gambar) Aliff Syukri(Terlajak Laris) Hadiahkan Range Rover Evoque Buat Isteri Tersayang


Tidak terlewat untuk kami siarkan sambutan Majlis Ulang Tahun Kelahiran Datin Nur Shahida, isteri kepada pengasas D’Herb Dato’ Aliff Syukri.

Majlis yang diadakan di sekitar kediaman Dato’ Aliff itu berlangsung dengan cukup meriah malah turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti terkenal tempatan seperti Rozita Che Wan, Raja Azura dan Fasha Sandha.

Sepanjang majlis ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan dan apa yang menarik perhatian kami ialah kejutan yang dibuat oleh Dato’ Aliff buat isterinya. Kejutan apa? Sebuah kereta Range Rover Evoque yang berharga sekitar 400k sebagai hadiah hari jadi.

Fuh! Memang terbaik lah Dato’ Aliff. Tengok siap tutup mata si isteri semata-mata nak buat kejutan kereta tersebut. Siapa je yang tak happy dapat Range Rover Evoque!

Kami pasti berdasarkan kejayaan yang dikecapi oleh Dato’ Aliff di dalam bidang perniagaan, beliau layak untuk berbangga dengan apa yang dimiliki sekarang. Malah hadiah istimewa buat isterinya ini sudah membuktikan dirinya merupakan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia.


Jom lihat sekitar majlis sambutan ulang tahun kelahiran Datin Nur Shahida yang bertemakan Arabic Islamic. Bertuah Datin Nur Shahida.










-->