“SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu
kenyataan,” tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di
Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.
Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang
mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir
kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang
dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo
berkonsep resort atau vila spa Bali.
Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan
kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju
hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk.
Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta
(tetapi kini boleh mencapai harga RM7 juta!!!).