Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan.
Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang
menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lai, ramai
yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang
berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit.
Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita
dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di
portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan
rapat dengan Zizan.
Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah
melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara
senyap-senyap.
Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya
sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.
Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita
itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri.
“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab
okey saja.